Pages

August 15, 2010

Jangan Persenda Al Quran - Mufti Perak







toxicsuey | April 25, 2009

Setuju dengan Tok Mufti untuk yang ini, Tak mengaku dengan ucapan dan hati bahawa tiada Tuhan Di sembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah tak payahlah nak guna ayat Quran .

suka-suka hati guna ayat Quran, sedangkan yang empunya ayat tu dia orang sanggah.

Selagi tak boleh terima Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir, tak payah cerita banyak la..

Baca ayat Quran tapi melenting bila Pas nak tubuhkan kerajaan berpelembagaan Islam, tidak kah itu tipu namanya.

Kalau dah suka dan percaya dengan kata-kata dari firman Allah di dalam Quran hingga begitu gembira dan lapang hati untuk di gunakan dalam ceramah politik, masuk lah Islam, Quran kata nabi dan rasul terakhir Muhammad s.a.w bukan Jesus (Isa a.s). kenapa yang ini tak dibaca ayat nya untuk diri sendiri dan gunakan dulu. baru lah betul. Baru lah tak hipokrit namanya.

Orang bukan Islam memang boleh baca Quran, tapi untuk apa, untuk dia nak kenal Islam. Kalau ambil sebaris dua ayat yang sesuai untuk di gunakan dalam ceramah itu bukan kebangkitan Islam, itu politik punya pasal. Mengambil kesempatan namanya. Dalam politik macam-macam ada.

Ini bukan soal perkauman tapi realiti. Pernah rasanya jumpa peniaga Cina yang datang dari rumah ke rumah untuk jualan terus. Fasih kan biasa bahasa melayunya. Boleh minta segelas air lagi, makcik boleh berikan saya segelas air sejuk, hauslah. Mak cik tu pun dengan belas kasihan kerana Allah taala buatkan air, minta air kosong dapat air sirap lagi.

Dulu-dulu kala bila orang putih atau black buat show di Malaysia, adalah satu dua patah perkataan Melayu yang dia orang sebut, Terima Kasih atau selamat malam ke, pheh seronok rasanya kita pasal orang putih atau black tu pandai cakap melayu rupanya atau setidak-tidaknya terasa di hati yang mereka tu hormatlah kunun bahasa kita. Itu lah perasan kita kebanyakannya masa tu.

Semuga kita lebih bersedia untuk berperasaan berdasarkan buah fikiran dan merenung realiti . Berperasaan berdasarkan rasa-rasa dan angapan-angapan tanpa buah fikiran biasanya menidakkan kebenaran- pandangan 2 sen saya.

0 comments: