Pages

Showing posts with label Malaysian Novel. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Novel. Show all posts

June 19, 2010

Ilusi Hati oleh Haiza Najwa

Sinopsis : ILUSI HATI
TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang.
Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing.
Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya.
Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh. 


Sumber: alaf21.com.my 
Blog Penulis: haizanajwa 

April 6, 2010

Novel Kasih Ke Syurga by Raihan Zaffya

Just finished read a novel by Raihan Zaffya. This is her first novel. The title and the story very interesting which is Kasih Ke Syurga published by  Alaf21.com .

I put the synopsis here for those who are interested in reading Malay Novel.


KASIH KE SYURGA

PERTEMUAN ini tidak dipinta. Namun, takdir TUHAN telah menemukan Yusuf dan Zulaikha. Kesederhanaan Zulaikha memikat hati Yusuf. Tapi pantaskah dia memiliki sekeping hati Zulaikha sedangkan antara mereka ada jurang yang menghalang?

Keimanan dan ketakwaan Zulaikha bagai satu tembok jurang pada Yusuf. Dia merasakan dirinya amat kerdil kerana Islamnya hanya pada kulit saja. Telah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT. Perubahan diri Yusuf menyentuh hati Zulaikha. Di saat mereka hendak diijabkabulkan, umi Yusuf menentang kerana hasutan orang ketiga.

Mampukah mereka menghadapi rintangan yang mendatang?

Blog Penulis: Raihan Zaffya blogspot.com